Pages

19 October 2011


Dari tadi memerhatikan buku bagian sahabat baik . Baru baca beberapa muka surat, dah tertawan hati pada buku ini. "Berbunga Cinta Aisyah r.a. di hati Rasulullah s.a.w". Buku karya Zamri Mohamad dan Imran Yusof. aku ingin berkongsi sedikit pengisian yang ana dapat dan insyaAllah kita akan kaitkan dengan situasi sendiri, baik ana ataupun antum/na semua :-)

Kata-kata di muka hadapannya cukup untuk membuat aku mengerti betapa cintanya Aisyah pada Rasulullah sehingga mampu membawanya cinta kepada Ilahi.

"Mencambah kasih persis bayangan kasih hati nabi, membugar cinta tanpa sangsi. Iman dirai, perjalanan hidup bertambah kukuh lagi. Bagaikan cinta Aisyah, pengorbanan buat pencinta agung yang membawa cinta terus kepada Ilahi..." :-)


Cinta sentiasa bersifat misteri. Ia dapat dirasai dengan hati dan diterjemah melalui perbuatan. Mungkin kita tak sedar yang selama ini, di hadapan kita itulah jodoh kita...
Cinta mungkin dilihat remeh. Realitinya cinta banyak mengubah manusia dan dunia. Cinta bersahut sentiasa mendamaikan dan memberi semangat dalam melalui hidup bermakna.

************************************************************************************
TUKAR SKRIP.

Skrip kegagalan.

Usah dambakan isteri sehebat Khadijah jika diri tidak semulia Rasulullah,
Tidak perlu isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman.
Usah mengharap suami setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha.
Tidak perlu mencari seteguh Ibrahim, jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali, jika diri tidak sehebat Fatimah...

Skrip Kejayaan.

Aku dambakan isteri sehebat Khadijah, aku cuba mengikut akhlak semulia Rasulullah.
Jika aku ingin isteri secantik Balqis, aku pelajari dan hayati kehebatan Sulaiman.
jika aku mengharapkan suami setampan Yusof, kasih setulus Zulaikha aku usahakan.
Aku mencari suami seteguh Ibrahim, lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah .
Aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali, maka aku mengikuti hebatnya Fatimah.

***********************************************************************************
Buku ini bertanya... (hehe...) Bagaimana suara hati kita setelah menukar skrip gagal menjadi skrip positif?

aku teringat petikan kata-kata Ustazah Bahyah semasa memberi ceramah berkaitan cinta. Untuk mendapat jodoh yang baik, kita perlu berdoa ketika masih muda... Walaupun masih di bangku sekolah menengah, kita perlu sentiasa berdoa dan terus berdoa. Rezeki jodoh yang baik, beriman dan bertaqwa kepada Allah juga merupakan salah satu bukti kasih sayang Allah kepada kita. Allah ingin kita dekat dengan-Nya... InsyaAllah, mudah-mudahan ada rezeki untuk itu.

************************************************************************************
Membaca dan menghayati kisah-kisah wanita Islam seperti Khadijah, Aisyah, Fatimah binti Rasulullah Asma', Rabiatul Adawiyah, dan sebagainya sebenarnya mampu membuatkan kita cemburu dan ingin berjumpa dengan mereka. Hebatnya mereka berjaya meraih cinta manusia dan yang paling utama.... Cinta Allah s.w.t.. :-) Wassalam..

************************************************************************************

ap yg di baca adlah ap yg menjadi kenyataan.kenyataan adlh hakikatnya,tak dpt diubah melainkan menerima sama ada baik @ sebaliknya.terima kasih kerana sudi mmbaca

No comments: